Monday, November 19, 2012

RESEPI AISKRIM OREO


Salam GK dah buat resepi nie..nie resepi paling simple dan mudah giler nak buat...
Bahan dia pun cuma 3 je..tapi hasilnya anak-anak menakan@saudara kata
 "cik da pasni buat lagi sedap la"...

BAHAN-BAHAN:
Sebungkus coffemate - yang saiz kecil je
Satu bungkus biskut OREO-
Susu UHT- GK guna sekotak susu uht dutch lady yang saiz kecik tue
CARA MEMBUAT:
- GK blend je semua bahan diatas
- Bubuh dalam bekas bekukan dalam 4jam
- Pastu GK kuarkan balik aiskrim yang agak separa nak beku tue
-GK blend balik pastu GK bubuh balik dalam peti sejuk
-Keesokkan baru GK makan dengan anak2 menakan..
NOTA KAKI:
Jangan blend biskut hancur sangat kita nak bagi nampak oreo dia tue..
GK penah buat juga resepi nie tapi guna susu coklat dutch lady pastu GK bUbuh milo dalam 4 sudu besar..sedap juga...jangan letak gula oreo tue dah manis...
 
 
sumber  http://beadbroochgadiskampung.blogspot.com/2012/08/resepi-aiskrim-oreo.html

Resepi Ais Krim Pelangi Paddle Pop!

 
 Assalamualaikum...

Dah lama tul mengidamkan buat ais krim sendiri.. Barulah malam ni tercapai hajat. Haaa..terus buat 2 perisa.. Satu perisa jagung satu lagu perisa coklat. Penuh fridge!.. Puassss tul hati..kikikiki.. Apapun resepi ni diambil dari rakan baru sy di FB!.. thanks aznie rozima! sudi kongsi resepi ngan sy. Banyakkkkk resepi best2 dia.. tak sabar nak cuba yang lain.
 
 
ais krim pelangi perisa jagung... 
 
 
 
masa belum keras..mcm ni lah rupanya..
comot sket heheheh...tangan tak bedung..
tekstur dia halus..nyummyyy..
hasilnyaa...waahhhh..sedapnyaa..tak sangka bahan2 tak banyak tapi dpt hasilkan aiskrim sedap camni :) saya amat puas hati... gud byee ais krim walls..gud bye ais krim belii...

Ais krim pelangi

Bahan-bahannya:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat (sy guna F&N - 505 gram)
setengah tin susu segar (sy guna susu dutch lady)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan (jika mahu..kalau tak nak pun tak pe.. sy tadi letak perisa jagung)
beberapa titik pewarna pilihan (sy guna star brand)

Cara-caranya:
1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.

2)kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.

3) mula melapis adunan . buatlah macam kek karamel tu.

4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.

begini rupanya setelah adunan kembang
warnakan mengikut warna pilihan hati.. abaikan comot2 tu yer.. buat nak hampir maghrib tadi..so tergesa2 dan agak rakus nak tengok hasil bila dah mengeras.. hehe
sebenarnya nak warnakan dengan warna kuning coz perisa jagung kan... tapi warna kuning takde..so letak je warna yang ada... takpe 1st trial.. tak kisahlah.. janji dapat makan!!.. :)
so dalam adunan tadi dapatlah 2 mangkuk besar dan 1 mangkuk kecil aiskrim.. haaa...makan jgn tak makan!
 
 
 
 
sumber http://hanafzuan.blogspot.com/2011/05/resepi-ais-krim-pelangi.html

Friday, November 9, 2012

Resepi Coleslaw

 Bahan-bahan
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.


Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!


Nota Tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
  • Kreativiti anda amat penting dalam menyedapkan makanan



 

Easy Cole Slaw




Easy Cole Slaw
1 (16 ounce) bag coleslaw mix
2/3 cup mayonnaise
1/4 cup sugar
3 tablespoons milk
2 tablespoons vinegar
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon pepper
Combine all ingredients except cole slaw mix in a large bowl and combine well. Add the cole slaw mix and toss to coat.
Cover and refrigerate several hours or overnight to allow flavors to blend.

KEK LAPIS




Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )-hasue buat setengah adunan dan guna loyang 8.5"x4.5"

10 biji telur ayam

16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn-hasue guna westgold-unsalted

1 tin susu manis = 390gm

1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)-hasue guna brand yeo's

3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf-hasue guna nespray dan ayak

1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm - juga diayak untuk tekstur halus

pewarna kuning dan cokelat-atau warna pilihan





Cara-cara

- Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.

- Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.

- Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)

- Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.

- Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.

- Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

- Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.








- Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)
Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.



- * Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.

- * Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.

- * Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.



-* Kecantikan atau kesedapan kek bergantung kepada kreativiti masing2 yer