Wednesday, August 15, 2012

bahulu Raya

Kuih Bahulu adalah sejenis kuih tradisional yang sering dibuat oleh ibu-ibu kita dahulu apabila tiba hari raya.



Cara membakarnya pula agak berbeza, kerana dahulu bahulu dibakar mengunakan dulang yang berisi pasir dan diletakan bara arang kayu diatas penutupnya untuk meratakan haba.

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.


source

Thursday, August 2, 2012

Kuih Raya Online

Berikut adalah contoh Kuih Raya yang dijual:-























HARGA: RM 27
setiap jenis kuih

Kuantiti:
50 biji satu bekas

Cara pembelian:
Online Paypal, Transfer akaun, Cash.
Cara Penghantaran
Pos Laju, Self Collect,

Info:
kesemua kuih ini dibuat sendiri dari kampung (Kuala Kangsar) dan akan diletakkan di dalam bekas bukan seperti gambar di atas harap maklum . Home made
 Jika ada pertanyaan Boleh email sinarcahay4@gmail.com atau komen di blog ini.